Monday, 29 February 2016

Berpantang secara czer

Hari ini merupakan hari ke 60 saya berpantang . Bersalin secara caesar memerlukan perjagaan yang lebih dari bersalin normal. Banyak pantang larangnya. dari segi pemakanan banyaklah sangat. saya cuma mengambil nasi bubur dan ikan panggang sahaja. Semasa pantang saya mengambil juga roti keping biasa .rupa-rupanya tidak boleh makan roti keping tu ya.saya terkejut apabila melihat luka jahitan saya berair dan bernanah. saya agak panik, kerana saya tiada pengalaman bersalin secara caesar. keempat-empat anak saya sebelum ini bersalin secara normal.tetapi yang kelima ni tiba-tiba bersalin secra caesar lak. Jantung firhan lemah dan doktor cadangkan agar dibedah untuk selamatkan bayi.Nak tak nak saya terpaksa akur walaupun dalam hati terasa ngeri dan takut. Dalam pantang saya banyak minum air suam dan megambil pil  gamat yang dibuat oleh penduduk kampung. Alhamdullilah cepat sikit baik luka jahitan czer tu. Saya juga mengambil suplement shaklee zink dan vita c plus. Badan rasa lebih bertenaga selepas mengambil suplement ini. Menjadi ibu kepada 5 orang anak lelaki agar mencabar  juga. Banyak perkara yang perlu kita didik agar sama -sama bertanggungjawab dalam menruruskan rumahtangga , tambah -tambah apabila kita berpantang. Alhamdullilah anak-anak saya banyak membantu semasa berpantang kali ini. Setiap kali nak mandi anak pertama tolong pasangkan plastik dibahagian jahitan supaya tak terkena air semasa mandi. Saya guna plastik sampah je, untuk jimat kos, sebab kita pakai buang. 

No comments:

Post a Comment